Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Ramai Yang Merungut, Kerajaan Setuju Rayuan BPN Dilanjutkan Hingga 31 Mei – PM

Putrajaya, 10 Mei – Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) hingga hujung bulan ini.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hal ini susulan orang ramai yang mendakwa tidak menerima bantuan tersebut walaupun layak.

“Saya dengar ada rungutan dari orang ramai yang gagal menerima bayaran ini atas pelbagai sebab.

“Antaranya kerana maklumat diisi tidak lengkap. Ada juga permohonan yang ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan tetapi sebenarnya mereka telah hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan.

“Ada juga antara pemohonan adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori pelajar, jadi permohonan mereka untuk mendapatkan BPN bagi kategori bujang pasitnya ditolak,” katanya.

Susulan itu, kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh rayuan bagi permohonan BPN.

“Mengambil kira semua perkara ini, YB Menteri Kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN hingga 31 Mei 2020.

“Selain menghantar emel, pemohon yang permohonannya tidak diluluskan boleh datang sendiri ke kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula pada Isnin, 11 Mei 2020,” katanya.

“Saya tidak berjanji semua rayuan boleh diluluskan, tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi semua syarat dan munasabah, insyaAllah boleh diluluskan,” tambah beliau.

Katanya, kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN termasuk permohonan baru dan rayuan berjumlah RM 1.7 bilion ringgit semalam. Peruntukan itu memberi manfaat kepada seramai 10.6 juta orang penerima setakat ini.

Ucapan mengenai BPN bermula pada minit 21:00.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.