Siakap Keli

TERKINI: Tiga Zon Di Petaling Jaya Diisytihar Kawasan PKPD Ke-8 – Menteri

Sebanyak tiga zon di Petaling Jaya diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), berkuat kuasa mulai 10 Mei (hari ini) hingga 23 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah berkenaan dibuat berikutan terdapat 26 kes positif COVID-19 yang berpotensi memberi risiko jangkitan di kawasan Pasar Jalan Othman (PJO), di sana.

“Perintah PKPD ini melibatkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan di kawasan berkenaan.

“Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar.

“Langkah ini membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuat kuasa,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Gambar: Facebook Markas Angkatan Tentera Malaysia

Dalam pada itu, Ismail menambah, semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh tersebut serta individu yang bukan penghuni atau pelawat tidak dibenarkan masuk.

“Selain itu, aktiviti perniagaan tidak dibenarkan, pangkalan perubatan (medical base) dibuka dalam kawasan PKPD serta semua laluan keluar masuk akan ditutup.

“Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada para petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa,” kata kenyataan itu lagi.

Gambar: Facebook Markas Angkatan Tentera Malaysia

Difahamkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal di seluruh kawasan.

“Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP Petaling Jaya di talian 016-980 9389, atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222,” tambahnya.

 

Berikut adalah senarai tiga zon di kawasan PKPD tersebut.

Gambar: Facebook Markas Angkatan Tentera Malaysia

Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan kelapan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau Enhanced Movement Control Order (EMCO) di kawasan berikut:

Zon A​:
Jalan Penchala, Petaling Jaya
Jalan 4/33, Petaling Jaya
Jalan 4/37, Petaling Jaya
Jalan 4/39, Petaling Jaya
Jalan 4/41, Petaling Jaya
Jalan 4/44, Petaling Jaya
Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya
Jalan 4/43, Petaling Jaya
Jalan 4/46, Petaling Jaya
Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya

Zon B​:
Jalan 2/29, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/29A, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/27, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/32, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/25, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/26, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/34, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/34A, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/23, Petaling Jaya
​​ Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya
​​ Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya

Zon C​:
Jalan Selangor, Petaling Jaya
​​ Lorong 3/57D, Petaling Jaya
​​ Lorong 3/57C, Petaling Jaya
​​ Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya
​​ Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya

Gambar: Facebook Markas Angkatan Tentera Malaysia

 

Sumber: Facebook Ismail Sabri, Markas Angkatan Tentera Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.