Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Pindaan) 2017 telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia. Jenayah keganasan yang dilakukan dalam rumahtangga kian meningkat dan kini merupakan masalah sosial.
Isu sosial ini boleh membawa kepada keruntuhan masyarakat sekiranya tidak dibendung. Akta Keganasan Rumahtangga 1994 adalah satu undang- undang yang memberi perhatian yang khusus dalam hal-hal keganasan rumahtangga dengan memperuntukan beberapa cara penyelesaian bagi kes-kes sedemikian.
Baru-baru ini, menerusi sebuah posting daripada Ahmad Fedtri Yahya mengenai kisah seorang isteri yang mempunyai suami yang panas baran dan tidak bertanggungjawab dalam perihal anak-anak dan mengamalkan poligami dibelakangnya.
Menurutnya, dia amat tertekan dengan menguruskan hal-hal rumah tangga sehingga hal bisnes juga tergendala. Ibu bapa banyak membantu menjaganya dan anak-anak.
Suami kusanjung seperti malaikat,
Layu rebah ditangkap khalwat,
Setelah lahir anak keenam,
Duji meroyan duniaku berbalam
Terkontang-kanting di ambang tekanan,
suami hanya fikirkan perempuan
Keluar gelap balikpun gelap,
Sabar dan redha semakin malap
Dalam talaqi dan zikir munajat,
Simpan janda melepas hajat
Lelaki baran satu ancaman,
Tak cukup maki ditambah tumbukan
Bodohkah aku terus bertahan,
Sakit pedih oh bersendirian
#khalwatdalammunajat
#fedtriyahya
#menikamdenganpuitis
Sumber: Ahmad Fedtri Yahya