Siakap Keli
Gambar via Google

Dipercayai Pecah Masuk Rumah Pesakit Covid-19, Lima Pencuri Terpaksa Jalani ‘Rapid Test’

Tersalah langkah, lima orang pencuri terpaksa menjalani ‘Rapid Test’ kerana dipercayai telah mencuri di dalam rumah seorang pesakit Covid-19.

Mereka memecah masuk rumah itu di Jalan  Campagayya Kecamatan Panakkukang, Makkassar dan menjalani ujian di perkarangan balai polis Panakkukang, Makassar.

Pihak polis bekerjasama dengan Pusat Kesihatan Pampang untuk mengambil sampel darah kesemua suspek.

Pegawai yang menjalankan ujian itu juga memakai PPE lengkap dan dari hasil ujian tersebut, kelima-lima pesalah itu dinyatakan tidak reaktif.

Mereka dipercayai memecah masuk rumah mangsa yang ditinggalkan kerana terpaksa menjalani kuarantin akibat dijangkiti Covid-19. Wang tunai berjumlah Rp 20 juta dan emas seberat 15 gram telah dicuri oleh mereka.

Sumber: Kompas Tv

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa