Siakap Keli

(Video) Doktor Luar Negara Hasilkan Video Nyata Kagumi Cara Malaysia Tangani COVID-19

Jika kita lihat sepanjang wabak COVID-19 ini menular di negara Malaysia, kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai usaha bagi membendung penularan tersebut.

Tidak dinafikan ada penduduk Malaysia yang puji serta hormat dengan kesungguhan tersebut dan ada juga segelintir daripadanya yang memberikan kritikan.

Namun, ianya agak berbeza pula dengan pandangan orang luar negara tentang cara kerajaan Malaysia membendung wabak ini.

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh @NasirPasir di Twitter tetang pandangan orang luar negara mengenai Malaysia. Dikatakan mereka sampai membuat satu video bagi menunjukkan rasa kagum mereka dengan Malaysia dan harus dicontohi oleh negara lain.

“Ini adalah satu cerita tentang sebuah negara di Asia Tenggara yang kerap tidak diberikan perhatian iaitu Malaysia,” kata Dr. Pfundheller di dalam videonya itu.

“Kerajaan Malaysia segera membuat perubahan. Perintah Kawalan Pergerakan atau MCO, sekatan jalan raya, penutupan event, penutupan sekolah, penutupan non-essential businesses.”

“Malaysia turut melakukan MC 2.0. Tidak kira di mana jika ada beberapa kes, semua perniagaan ditutup. Laluan juga disekat, tiada siapa boleh masuk atau keluar, tiada siapa boleh tinggalkan rumah mereka. Tetapi tidak perlu risau, makanan serta rawatan disediakan dan kes di Malaysia mulai turun,” katanya lagi.

“Pada 14 April, kes COVID-19 di Filipina telah melepasi Malaysia. Keesokan harinya pula, Indonesia dan dua hari kemudian ialah Singapura.”

“Singapura negara yang lebih kecil dengan populasi 5 kali lebih kecil. Singapura kini melebihi 15 kali kadar kes berbanding di Malaysia.”

“Malaysia merupakan satu contoh di mana kita boleh menangani semua ini, bagaimana sebuah negara dengan banyak kes memilih jalan yang betul untuk menghentikan penularan ini. dan hampir tiada media mengatakan tentang perkara ini,” tambah Dr. Pfundheller.

“Malah, saya sendiri rasa bersalah, saya membuat satu video tentang senarai 15 negara tertinggi yang melawan COVID-19 dan Malaysia tidak tersenarai.”

“Nasib  baik salah seorang followers saya dari Malaysia memberitahu saya tentang kisah di Malaysia,” tambahnya lagi.

Sumber: @NasirPasir, Dr. Dustin Pfundheller 

Adib Mohd