Satu kejadian salah faham berlaku di Malang, Indonesia apabila penduduk dari dua buah kampung saling menutupi jalan awam yang sering digunakan.
“Memang benar ada sekatan jalan dengan batu bata. Kejadian bermula pagi ini ada dua penduduk kampung dari kampung Senggreng dan kampung Sambigede. Masalahnya adalah salah faham mengenai penjarakan fizikal,” kata Camat Sumberpucung M Sholeh.
Sholeh menjelaskan, kejadian itu bermula ketika penduduk di Kampung Sambigede menutup jalan tersebut dengan menggunakan buluh.
Selepas itu, penduduk Kampung Senggreng pula membantu menyekat jalan awam tersebut dengan menggunakan bata yang tidak jauh dari laluan yang ditutup dengan buluh yang dibuat oleh penduduk Sambigede tersebut.
“Kemudian orang-orang di Kampung Senggreng menjawab, ‘Baiklah, kalau laluan sana ditutup, laluan di sini ditutup juga,’ itulah yang saya dengar. Akhirnya dibina dengan batu-bata. Akibatnya, jalan di kedua-dua kampung itu ditutup,” kata Sholeh.
Sholeh juga menjelaskan bahawa kejadian tersebut tidak diketahui oleh ketua kampung masing-masing.
Setelah kejadian tersebut tular, pihak Muspika Kecamatan Sumberpucung segera datang dan menyelesaikan perkara tersebut.
Hasilnya, kedua-dua pihak bersetuju untuk membuka jalan tersebut. Kedua-dua laluan di kampung Sambigede dan Senggreng itu kemudiannya dirobohkan. Sholeh berharap agar kejadian sama mengenai salah faham penjarakan fizikal tidak berulang lagi di Malang.



Sumber: detikNews, KOMPAS.com