Siakap Keli

“Kalau Ada Asas Untuk Tuduh Anggota Atau Pegawai, Saya Akan Pastikan Tangkapan Dibuat,” Sarjan Didakwa Cabul Polis Wanita

JOHOR BAHRU, 11 Mei – Seorang Timbalan Ketua Polis Balai (TKPB) berpangkat sarjan ditahan di daerah Muar semalam kerana dipercayai mencabul dua anggota sukarelawan polis wanita antara Rabu hingga Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata proses reman terhadap anggota polis berusia 55 tahun itu kini sedang dilakukan.

“Kes cabul membabitkan dua anggota sukarelawan polis wanita ini berlaku pada 6, 7 dan 8 Mei lalu. Kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan kita akan jalankan siasatan selengkap-lengkapnya.

“Kalau kita dapati ada asas untuk tuduh anggota atau pegawai, saya akan pastikan tangkapan dibuat. Saya tiada tolak ansur dalam kes sebegini, sesiapa yang ambil kesempatan terhadap anggota atau pegawai perempuan akan dikenakan tindakan tegas, ” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

 

Sumber: Bernama

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang