Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Lelaki Dakwa Tidak Berasa Sakit Walaupun Batang Besi Tertusuk Tembusi Kepalanya

Seorang lelaki yang kepalanya tertusuk dengan sebatang besi selepas satu kemalangan di tapak pembinaan selamat menjalani pembedahan yang telah menyelamatkan nyawanya.

Lelaki yang berusia 46 tahun itu sedang menziarahi pangsapuri keluarganya yang sedang dibinanya berdekatan Jerusalem pada April. Pada ketika itulah dia tergelincir jatuh dari tingkat dua pangsapuri itu ke sebuah batang besi yang terdapat di situ.

Batang besi itu telah menyebabkan kepala lelaki itu tertusuk daripada telinga sebelah kanan hingga ke bahagian kiri matanya. Walaupun kecederaan itu dilihat ngeri dan menyakitkan, namun lelaki itu mendakwa bahawa dia tidak merasa sakit langsung.

Katanya kepada Jerusalem Post: “Saya tidak dapat bergerak , jadi saya menjerit untuk meminta bantuan. Saya sedar akan situasi yang menimpa saya pada ketika itu, tapi saya sama sekali tidak merasa sakit. Saya tidak tahu bagaimana untuk menjelaskannya.”

Ahli keluarganya yang menyedari jeritannya itu bergegas untuk membantunya dan segera menghubungi talian kecemasan untuk dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut.

Pakar bedah mendapati bahawa batang besi tersebut hampir mengenai dua arteri utama yang menyalurkan darah terus kepada otak, namun dikhuatiri proses membawa keluar batang besi itu akan menyebabkan komplikasi jangka panjang.

Dr. Samuel Moscovici, seorang pakar neurologi kanan di hospital yang mengendalikan kes kecederaan tersebut di unit trauma, menyatakan kepada Jerusalem Post: “Setelah kami memastikan pesakit boleh bernafas, kami melakukan pelbagai ujian pengesanan bagi mengesan dimanakah posisi batang besi itu tertusuk, apa yang ia telah rosakkan dan adakah ianya dapat dikeluarkan.”

Pakar bedah kemudiannya menganalisis kedudukan batang besi itu dan seterusnya berunding dengan doktor daripada bahagaian pakar hidung dan tekak sebelum mengeluarkan batang besi itu secara berhati-hati selama berjam-jam.

Walaupun pembedahan untuk menghentikan pendarahan pada otak lelaki tersebut berjalan dengan lancar, doktor mendapati bahawa pembedahan kedua selama 10 jam perlu dilakukan menerusi hidungnya dengan kamera, bagi mencegah komplikasi jangka panjang.

Pakar bedah telah berjaya memperbaiki kebocoran cecair serebrospinal dari otak lelaki itu dan menutup tengkoraknya dengan lemak yang diambil dari perutnya.

Dr Moscovici yang menyatakan bahawa lelaki itu adalah kes yang diimpikan oleh semua pakar bedah menyatakan: “Selepas pembedahan, kami optimis, tetapi kami tidak tahu tahap kecederaan atau bila lelaki ini akan sedar.”

Pun begitu, lelaki tersebut dilaporkan telah sedar selepas daripada pembedahan tersebut dengan tiada sebarang masalah pada anggota badannya. Dia telah dilaporkan keluar dari hospital tersebut pada minggu lalu.

Katanya kepada Jerusalem Post: “Mereka telah menyelamatkan kebolehan saya untuk bercakap dan berjalan. Mereka telah menyelamatkan nyawa saya.”

Sumber: Daily MailĀ 

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa