Telefon pintar kini merupakan barang keperluan yang perlu dijaga setiap masa. Kecuaian dalam kepenggunaan telefon pintar boleh mengakibatkan peranti tersebut cepat rosak.
Kebiasaannya masalah yang dihadapi oleh pengguna telefon pintar adalah cepat panas. Tidak boleh diambil remeh, kerana ia boleh membawa kepada kerosakan peranti kemungkinan telefon berpotensi untuk meletup.
Oleh itu, untuk memastikan ia dapat berfungsi dalam suhu yang boleh diterima, pengeluar telefon pintar telah mengambil kira mengenai kaedah penyejukan pasif kerana kebanyakan orang tidak melakukan tugas yang berat pada telefon mereka.
Terbaru, seorang pemuda di laman Twitter iaitu Its_bulan telah memuat naik foto meletakkan kool fever di belakang telefon ketika bemain aplikasi permainan di telefon pintarnya.
Menurutnya, cara berkenaan membantu mengurangkan suhu telefon pintarnya.
Posting berkenaan telah mendapat peratian warganet sebanyak 27,007 ulang kicau dan 60,004 tanda suka.
cerdik sia aku!!!😮 pic.twitter.com/3lfi5ftaV9
— 🌚 (@its_bulan) May 9, 2020
Sumber: Its_bulan