Siakap Keli

Tiket Habis Dijual Dalam Satu Hari, Disneyland Shanghai Dibuka Selepas Tutup 3 Bulan

Taman tema terkenal di China, Disneyland akhirnya dibuka semula hari ini selepas tiga bulan penutupan akibat wabak COVID-19.

Menurut laporan, tiket hari pertama Walt Disney Co. Shanghai Disneyland habis dijual pada Jumaat selepas pengumuman pembukaannya.

Kerajaan China dalam pada itu meminta pihak Disney untuk menetapkan hanya 30% kehadiran pengunjung, iaitu sebanyak 24,000 orang berbanding 80,000 orang sehari sebelum ini.

Ianya sebagai satu langkah para pekerja memastikan penjarakan sosial dan prosedur keselamatan lain diambil kira.

“Kami mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sistem tempahan secara atas talian, mengawal pengunjung dengan penjarakan sosial dan prosedur kesihatan yang ketat,” kata CEO, Bob Chapek.

“Ini termasuk mewajibkan penggunaan topeng muka, imbasan suhu dan sistem pengesanan lain,” katanya lagi.

Sumber: CNBC, Hollywoodreporter

Nur Farra