Siakap Keli

(Video) Peka Waktu Berbuka, Pemandu E-Hailing Perlahan Kereta, Bagi Ruang Penumpang Berbuka Dengan Selesa

Tindakan seorang pemandu e-hailing di Singapura yang hormat dan peka terhadap keperluan penumpang beragama Islamnya ketika hampir tiba waktu berbuka puasa mendapat pujian daripada warganet.

Sebuah video pendek berkenaan insiden itu telah dimuat naik dan menjadi tular di media sosial.

Menurut video tersebut, seorang pemandu e-hailing telah menjemput seorang pelanggannya yang beragama Islam untuk dihantar ke destinasi yang telah ditetapkan kira-kira 10 minit sebelum waktu berbuka puasa.

Menyedari bahawa penumpang tersebut adalah seorang penganut ajaran Islam dan berpuasa, pemandu itu terus bertanyakan kepada penumpang terbabit mengenai saluran radio yang menyiarkan laungan azan bagi membolehkan penumpangnya itu berbuka puasa serta merta.

Seterusnya, pemandu itu telah memberi kebenaran dengan lebih awal kepada penumpang tersebut supaya menjamah sahaja apa-apa di dalam kenderaannya itu tanpa perlu meminta kebenarannya setibanya masuk waktu berbuka puasa.

Pemandu itu kemudiannya memecut laju sedikit kenderaannya itu untuk memastikan penumpangnya sampai ke destinasi dengan lebih cepat.

Walau bagaimanapun, dia telah bertindak memperlahankan kelajuannya apabila mendengar azan berkumandang di radio bagi memastikan penumpangnya itu dapat berbuka puasa dalam keadaan yang selesa.

Perbuatan sikap bertolak ansur dan bertoleransi yang ditunjukkan oleh pemandu tersebut telah mendapat pujian daripada warganet.

Sumber: Mothership

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa