Siakap Keli
Gambar: Youtube

(Video) Resipi Kari Ayam Sugu Pavithra Jadi Panduan Pasangan Jepun Hasilkan Hidangan

Pasangan suami isteri, Sugu dan Pavithra, nampaknya sudah tidak asing lagi dalam kalangan warganet terutamanya yang meminati bidang masakan. Apa tidaknya, laman youtube miliknya menyajikan pelbagai jenis resipi masakan mudah seperti kuih ketayap, kangkung tumis dan kari ayam.

Dengan 290 ribu subscribers, pasangan suami isteri itu juga menjadi rujukan kepada pasangan youtubers dari Jepun untuk mencuba memasak kari ayam.

Walaupun berlainan bahasa, iChang RM berusaha untuk mempelajari resepi Pavithra dengan menggunakan aplikasi terjemahan suara.

Menariknya, iChang yang pada ketika itu berada di Hong Kong sudah semestinya tidak mempunyai bahan penting iaitu serbuk kari. Pun begitu, mereka mengambil pendekatan untuk membuat sendiri serbuk kari tersebut berpandukan Google.

Hasilnya, mereka berjaya memasak kari ayam dan ia kelihatan sangat menyelerakan.

Dalam perkongsian video itu juga, Sugu turut menghargai usaha pasangan itu yang mencuba resipi masakannya. Dia juga kagum dengan kesungguhan mereka yang membuat sendiri serbuk kari.

Sumber: iChang RM

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa