Siakap Keli
Gambar: SCMP

Warga Emas Lumpuh Diselamatkan Lepas 3 Hari, Dipercayai ‘Ditanam’ Hidup-Hidup Oleh Anaknya

Seorang lelaki di barat laut China ditahan kerana dipercayai telah mengebumikan ibunya yang berusia 79 tahun hidup-hidup, lapor South China Morning Post.

Ibunya yang lumpuh separuh badan telah diselamatkan selepas tiga hari dan kini berada dalam keadaan stabil di sebuah hospital di wilayah Shaanxi.

Pendakwa di daerah Jingbian berkata bahawa suspek yang berusia 58 tahun itu telah didakwa atas tuduhan cubaan membunuh.

Memetik laporan South China Morning Post, isteri kepada lelaki itu memberitahu polis bahawa pada Selasa lalu, suaminya telah membawa ibunya yang terbaring di tempat tidur dan selepas itu ibunya tidak pulang ke rumah.

Menurut pegawai polis, lelaki itu mengaku bahawa telah mengebumikan ibunya di dalam hutan dan wanita itu telah diselamatkan tidak lama selepas itu.

Gambar:SCMP

“Lelaki itu juga berada di situ semasa polis menggali kubur sedalam dua meter. Dia tidak memberi reaksi atau berkata apa-apa apabila melihat ibunya masih hidup,” kata salah seorang pegawai polis Jingbian.

Gambar: SCMP

Laporan mendapati bahawa lelaki itu telah tinggal bersama bapa saudaranya selepas bapanya meninggal dunia. Ibunya telah berkahwin lain dan berpindah ke wilayah Gansu bersama adik bongsunya.

Wanita itu kembali semula ke Jingbian sejak beberapa tahun yang lalu untuk tinggal bersama anak bongsu selepas suami keduanya meninggal dunia. Dia berpindah ke rumah suspek pada tahun lalu selepas kesihatannya mula merosot.

Polis mengatakan bahawa suspek mula membenci kehadiran ibunya setelah wanita itu hanya terbaring di tempat tidur kerana jatuh pada November lalu dan dia mengadu bahawa rumahnya telah berbau busuk kerana ibunya itu.

Sumber: South China Morning Post

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa