Siakap Keli

COVID-19: Singapura Catat Kematian Ke-21

SINGAPURA, 12 Mei  — Singapura, yang mengumumkan 504 kes COVID-19 dibenar pulang pada Isnin, melaporkan satu lagi kematian melibatkan warga emas menjadikan jumlah kematian 21 orang.

Dalam kenyataan lewat Isnin, Kementerian Kesihatan (MOH) republik ini mengumumkan kes kematian terbaharu itu melibatkan lelaki Singapura berusia 68 tahun yang meninggal dunia pada 11 Mei di National University Hospital.

Dikenali sebagai Kes 1305, warga emas itu disah dijangkiti COVID-19 pada 5 April mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan hiperlipidemia.

Singapura melaporkan dua kematian pertama COVID-19 pada 21 Mac.

Sementara itu, Kes 23550, melibatkan seorang lelaki warganegara India berusia 53 tahun, meninggal dunia pada 9 Mei tetapi disah dijangkiti COVID-19 pada 10 Mei selepas kematiannya.

Menurut kementerian itu, lelaki berkenaan dibawa ke jabatan kecemasan di Sengkang General Hospital selepas mengalami serangan jantung pada 9 Mei.

Sebab kematian ialah pecah infark miokard berikutan trombosis koronari, katanya.

MOH memaklumkan hanya kes yang apabila dirawat oleh doktor atau ahli patologi mengaitkan penyebab utama atau penyebab kematian akibat jangkitan COVID-19 akan dimasukkan ke dalam kiraan kematian akibat COVID-19.

“Ini selaras dengan amalan antarabangsa bagi mengklasifikasi kematian,” katanya.

Pada masa sekarang, 3,225 telah sembuh daripada jangkitan itu di sini dan telah dibenarkan pulang dari hospital atau fasiliti penjagaan komuniti.

Buat masa sekarang terdapat 1,093 kes disahkan yang masih berada di hospital dengan kebanyakan mereka stabil dan semakin sembuh, manakala 24 dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

Sementara itu, 19,448 kes dengan simptom sederhana atau secara klinikal baik tetapi masih positif setelah dijalani ujian COVID-19 diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Daripada 486 kes semalam, tiada kes import dilaporkan, tiga kes dalam kalangan komuniti, dua pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama dan 481 pekerja asing di asrama.

Sumber: BERNAMA

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul