Siakap Keli
Gambar: Elite Readers

Disangka Warna Biru, Wanita Lega Dapat Warna Perabot Diinginkan Lepas 3 Tahun ‘Tertipu’ Dengan Warna Pelekat Pelindung

Terkadang kita membeli sesuatu kerana keperluan namun tidak terlalu mementingkan fizikal barang tersebut seperti warnanya. Keadaan ini berlaku pada seorang wanita yang memutuskan untuk membeli sebuah kabinet walaupun ia bukan warna yang diinginkannya. Selepas tiga tahun, dia mula menyedari bahawa ia sememangnya kabinet yang diinginkan olehnya selama ini.

Kayleigh Greer dari Stevenage, Hertfordshire, UK, pada mulanya membeli kabinet berwarna ‘biru’ pada 2016. Ibu kepada tiga anak itu mahukan kabinet berwarna putih atau kelabu untuk digunakan di dalam bilk tidurnya dan suami.

Gambar: Elite Readers

Pun begitu, hanya stok kabinet ‘biru’ tersebut sahaja yang ada dan mereka mengambil keputusan untuk membelinya.

Dia ‘hidup’ bersama kabinet itu selama tiga tahun. Walaupun mereka perasan bahawa kabinet itu mempunyai pita putih pelindung di atas setiap laci, pasangan itu tidak pernah mencabutnya.

Keadaan berubah apaila Greer memutuskan untuk melakukan pembersihan dan mula bermain-main dengan kabinet. Rupa-rupanya, kabinet tersebut bukanlah berwarna biru seperti yang disangkakannya, namun ianya merupakan pelekat pelindung.

Gambar: Elite Readers

“Saya tidak pernah perasan mengenai warna filem pelindung tersebut. Saya tahu bahawa ada pita putih di setiap bahagian atas laci yang saya fikirkan adalah pelindung dan akhirnya perlu ditarik.

“Bilik tidur saya berwarna kelabu dan perak, jadi kabinet tersebut sememangnya sepadan dengannya sekarang. Ia seperti kami mempunyai perabot baru dan kami tidak menghabiskan sesen pun,” katanya.

Sumber: Elite Readers

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa