Siakap Keli

Hikmah Covid-19, Kerajaan India Beri Kebebasan Sementara Untuk 17,000 Tahanan Penjara

Sekurang-kurangnya 17,600 tahanan di bahagian barat India Maharashtra akan dibebaskan sementara dari penjara sebagai salah satu usaha kerajaan mengawal penularan Covid-19.

Sebuah jawatankuasa khas mengarahkan pembebasan kesemua tahanan, di mana jumlah berkenaan merupakan separuh daripada jumlah keseluruhan populasi di penjara daerah tersebut.

Tetapi, pembebasan tahanan tertakluk dengan kes jenayah yang kurang serius, atau mereka yang sedang menunggu perbicaraan, akan dibebaskan setelah mengemukakan permintaan pembebasan bersyarat.

Manakala, tahanan yang disabitkan dengan kesalahan yang lebih serius seperti pengubahan wang haram, jenayah terancang dan pengedaran dadah tidak layak di bawah skim ini.

Keputusan ini dibuat setelah Mahkamah Agung India mengarahkan semua negara untuk membentuk “Jawatankuasa Berkuasa Tinggi” untuk mempertimbangkan pembebasan tahanan.

Setakat Isnin (11 Mei 2020), India merekodkan pertambahan mendadak kes jangkitan Covid-19 dengan 4,213 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan kes positif kini mencecah 67,000 kes dan melibatkan 2,206 kes kematian.

Sumber: CNN

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.