Moratorium atau ‘penangguhan’ pembayaran balik pinjaman/pembiayaan ke satu tarikh lain seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bertujuan meringankan beban pengguna dan perniagaan kecil berikutan kesan daripada Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan ke atas ekonomi negara.
Majoriti peminjam seperti loan kenderaan terutamanya menarik nafas lega apabila tidak perlu membayar komitmen bulanan selama enam bulan.
Namun begitu, bagi pelanggan Maybank terdapat langkah yang perlu diikuti bagi melayakkan anda meneruskan moratorium sehingga Oktober depan. Perkongsian oleh seorang individu, Shahrul Nizam Meck di Facebook ini mungkin boleh membantu anda.
Siapa-siapa loan hire purchase kereta guna maybank dah boleh comfirmkan untuk meneruskan moratorium sehingga Oktober 2020 ya.







