Siakap Keli

JKM Minta Bantuan Orang Ramai Cari Ibu Kandung Bayi 10 Bulan

Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui posting Facebook mereka sedang mencari waris kepada seorang bayi berusia 10 bulan.

Notis tersebut dikeluarkan bagi membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak

“Kes kanak-kanak telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur (JKM WPKL) oleh pasangan suami isteri Puan Mursyida Aidyany Binti Abdullah dan Mohd Zaini Bin Salim kerana kanak-kanak tidak mempunyai dokumen sijil kelahiran dan mereka juga tidak mempunyai dokumen penjagaan yang sah ke atas kanak-kanak.”

“Penjaga kanak-kanak memaklumkan kanak-kanak telah diserahkan ibu kandung seorang warganegara Indonesia bernama Yanti kepada mereka kerana tidak mampu untuk menjaga kanak-kanak dan ingin menyerahkan kanak-kanak kepada keluarga angkat,” kata JKM WPKL.

“Namun penyerahan kanak-kanak tidak dibuat secara sah dan kelahiran kanak-kanak juga tidak didaftarkan. Kini ibu kandung dikatakan telah tidak dapat dihubungi dan mereka juga tidak mengetahui alamat tempat tinggal ibu kandung kanak-kanak.”

“Sehubungan itu, Jabatan ini juga mengalu-alukan waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat ibu kandung untuk menghubungi Pelindung kes ini, iaitu Puan Hazzariza Binti Napiah ditalian 03-2612 4000 (samb. 4121) bagi memberikan maklumat yang dapat membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak,” katanya lagi.

PENCARIAN WARIS:

NAMA : MOHD DAYYAN RIZQI
UMUR / TARIKH LAHIR : 10 BULAN / 16 DISEMBER 2019
JANTINA : LELAKI
PEGAWAI PELINDUNG : PUAN HAZZARIZA BINTI NAPIAH

PENCARIAN WARIS:NAMA : MOHD DAYYAN RIZQIUMUR / TARIKH LAHIR : 5 BULAN / 16 DISEMBER 2019JANTINA : LELAKIPEGAWAI…

Posted by Jkm Wpkl on Monday, 11 May 2020

Sumber: JKM WPKL

Adib Mohd

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.