Siakap Keli

JPM Sumbang 80,000 Penutup Hidung Dan Mulut Kepada Penjawat Awam Persekutuan Sabah

KOTA KINABALU, 12 Mei — Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menyerahkan sebanyak 80,000 penutup hidung dan mulut kepada 138 agensi dan badan berkanun persekutuan di Sabah.

Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Samsuni Mohd Nor berkata penyerahan penutup hidung dan mulut berkenaan sebagai tanda keprihatinan JPM kepada penjawat awam persekutuan di negeri itu yang bekerja mengikut kebiasaan baharu.

“Penyerahan sumbangan ini juga bertujuan memastikan penjawat awam mematuhi atau mengikut normal baharu antaranya sentiasa memakai penutup hidung dan mulut semasa berhadapan dengan pelanggan.

 “Jadi, dengan adanya penyerahan ini kami mengharapkan semua penjawat awam persekutuan di Sabah sentiasa memakai topeng muka untuk memastikan usaha memutuskan rantaian COVID-19 berjaya,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan penutup hidung dan mulut berkenaan di sini, hari ini.

Beliau berkata penutup hidung dan mulut itu diagihkan kepada semua penjawat awam persekutuan, khususnya petugas di di kaunter yang sentiasa berurusan dengan orang ramai.

Sumber: BERNAMA

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.