Sebagai seorang pendidik ataupun guru, kita semestinya mahukan yang terbaik untuk para pelajar agar ilmu yang disampaikan penuh bermanfaat untuk mereka gunakan di masa akan datang nanti.
Namun, perasaan kecewa pasti menyelubungi diri apabila para pelajar mengambil mudah dengan apa yang dilakukan oleh pendidik atau guru mereka ini.
Baru-baru ini, satu perkongsian di Twitter M.K Izzuddin mengenai kekecewaannya terhadap sikap segelintir pelajar kepada guru mereka.
“Tergamak tau korang. Remuk hati cikgu-cikgu baca semua. Pagi petang siang malam cikgu korang berjaga, pulun cari bahan, sediakan pdpc (Pembelajaran dan Pemudahcaraan) untuk pastikan korang tak ketinggalan. Ni yang korang balas,” kata Izzuddin.
“Maaf la kalau korang rasa aku ni exaggerated (memperbesar-besarkan) isu ni. Tapi mewakili rakan-rakan guru yang bersusah payah untuk sediakan pembelajaran dalam talian, perkara sebegini amat mendukacitakan. Bukan senang tau nak buat online learning. Lagi-lagi bagi cikgu yang dah lama,” tambah Izzuddin lagi.
Izzuddin juga memohon agar para pelajar ini hormat kepada para guru. Kerja rumah atau tugasan yang diberikan haruslah disiapkan agar diri tidak ketinggalan. Ianya kerana perjalanan hidup para pelajar ini ternyata masih lagi jauh.




Tergamak tau korang. Remuk hati cikgu-cikgu baca semua.😭😭 Pagi petang siang malam cikgu korang berjaga, pulun cari bahan, sediakan pdpc untuk pastikan korang tak ketinggalan. Ini yang korang balas. Patut pun mak bapak merentan. Perangai anak-anak macam ni. pic.twitter.com/QKjf4iGoid
— M.K Izzuddin (@k_izzuddin) May 12, 2020
Maaf la kalau korang rasa aku ni exaggerated isu ni. Tapi mewakili rakan-rakan guru yang bersusah payah untuk sediakan pembelajaran dalam talian, perkara sebegini amat mendukacitakan. Bukan senang tau nak buat online learning. Lagi-lagi bagi cikgu yang dah lama.
— M.K Izzuddin (@k_izzuddin) May 12, 2020
Dear pupil, please show some respect to your teachers. Buat la kerja rumah tu. Kitaorg tak nak awak semua ketinggalan. Jauh lagi perjalanan hidup ni. 😔😔
— M.K Izzuddin (@k_izzuddin) May 12, 2020
Sejuk hati sikit. Terima kasih anak-anak☺️ pic.twitter.com/gG3SdnSiLe
— M.K Izzuddin (@k_izzuddin) May 12, 2020
Sumber: M.K Izzuddin