Siakap Keli

Pengasas Cap Kipas Udang, Datuk Hj Lambak Mohamed Meninggal Dunia

JOHOR BAHRU, 12 Mei — Pengasas kicap, sos dan seri kaya Cap Kipas Udang, Datuk Lambak Mohamed meninggal dunia pada pukul  9.15 pagi tadi di kediamannya di Larkin Jaya, di sini, hari ini.

Jenazah Allahyarham Lambak, 100, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh kira-kira 12.30 tengah hari tadi, kata cucunya Amiza Abdul Aziz.

“Arwah tiada komplikasi penyakit, malah dia sihat sahaja sebelum ini,” katanya ketika mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Lambak meninggalkan balu Datin Rogayah Jusoh, 94, dan 12 cahaya mata.

Produk yang dikeluarkan oleh syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd sejak 1987 itu, tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini terutama produk kicap Habhal’s  yang menjadi pilihan ramai.

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)