Siakap Keli
Gambar: Sugu Pavithra

(Video) Sugu Pavithra Kongsi Cara Cuci Kuali Dan Sinki Sampai Berkilat

Sugu Pavithra merupakan pasangan suami isteri yang berasal dari Buntong, Ipoh, Perak. Pasangan ini telah menjadi ‘youtuber’ yang berjaya selepas meraih jumlah tontonan dan jumlah subscriber yang agak tinggi ketika mereka berdua baru mula untuk merekod video masakan dan dikongsikan di laman youtube. Mereka sendiri tidak menyangka bahawa akan mendapat sambutan yang baik dari orang ramai melalui video-video yang mereka buat.

Dalam perkongsiannya di laman Youtube, Sugu Pavithra telah berkongsi dengan orang ramai cara bagaimana untuk membersihkan kuali dan sinki sehingga berkilat selepas digunakan. Cara yang ditunjukkan oleh Pavithra sangat mudah untuk diikuti.

Perkongsian menerusi video itu telah meraih perhatian dalam kalangan warganet. Menjengah ke ruangan komen, ada yang sangat berpuas hati dengan kebersihan pada kuali tersebut serta ada yang berkongsikan pendapat masing-masing.

Sumber: Sugu Pavithra

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa