Siakap Keli

Anak Malaysia Dedah Pengalaman Jadi Pengawal Mutu Dan Kualiti Produk Ganja Di AS

Apabila sebut tentang ganja atau marijuana, ramai orang akan menganggap bahawa ianya merupakan benda yang tidak baik serta boleh memudaratkan diri sendiri.

Namun, tahukah kita bahawa ganja juga digunakan dalam perubatan seperti penawar untuk demam panas, merawat sembelit, merawat penyakit sawan dan pelbagai lagi.

Baru-baru ini, tular pula di laman media sosial tentang seorang gadis warga Malaysia, Hannah Fawwazah Nasaruddin yang menceritakan tentang kerjanya sebagai seorang pengawal mutu dan kualiti produk ganja di Amerika Syarikat.

Hannah yang kini menetap di Nevada, mula bekerja dalam bidang tersebut sejak setahun yang lepas.

Menurutnya, skop kerjanya itu bukanlah mencuba ganja tersebut, tetapi lebih kepada bekerja di sekitar penanaman tumbuhan marijuana.

Di Amerika Syarikat, terdapat 11 negeri di mana ganja dibenarkan untuk penggunaan rekreasi, manakala 33 negeri lagi cuma digunakan untuk perubatan.

Gambar: Hannah Fawwazah Nasaruddin

“Ganja masih tidak legal di peringkat persekutuan (federal government) maka sebab itu industri ganja masih dikawal ketat walaupun legal di peringkat kerajaan negeri,” kata Hannah.

Hannah juga mengatakan bahawa skop kerjanya itu bukanlah satu kerja yang mudah malahan terikat dengan pelbagai peraturan.

Hannah juga mengingatkan orang ramai bahawa perkongsiannya ini bertujuan sebagai pengetahuan dan pendedahan yang positif, di mana ganja boleh diselia baik dan tidak disalah guna jika ianya dikawal ketat dan secara sistematik.

Sumber: Hannah Fawwazah Nasaruddin 

Adib Mohd

Nur Farra