Siakap Keli

“Dibawa Naik Ke Balai Pun Sengaja Kencing Dalam Kenderaan Pasukan” – JSJ Kontinjen Pahang

Polis menahan individu dipercayai warga asing kerana enggan bekerjasama dan menghalang tugas penjawat awam.

Menurut perkongsian Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pahang, kejadian itu telah menyebabkan pergelutan akibat tindakan agresif individu terbabit.

Warga asing tersebut turut dikatakan sengaja membuang air kecil dalam kenderaan pasukan polis ketika dalam perjalanan ke balai polis.

“Bagi kerjasama”

Cakap lemah lembut, namun dibalas dengan mempertikai undang-undang negara dan menjerit kepada polis. Natijahnya warganegara Myanmar (Rohingya) ditahan enggan bekerjasama dan menghalang tugas penjawat awam.

Dalam insiden yang disaksikan orang awam tersebut, berlaku pergelutan dalam tindakan membuat tangkapan ekoran tindakan agresif saspek dan pihak polis menggunakan langkah-langkah perlu dalam melaksanakan proses tangkapan sepertimana peruntukan seksyen 15 (2) Kanun Prosedur Jenayah.

#OpCovid19
#Delta7Pahang

Admin – Emm…dibawa naik dalam kenderaan ke Balai Polis pun sengaja kencing dalam kenderaan pasukan…sabar..sabar…kawan2….tarik nafas….hembus…tenang.

Sumber: JSJ Kontinjen Pahang

Nur Farra