Siakap Keli

Lelaki Ini Berlari 18 Jam 37 Minit Tanpa Pengambilan Kalori Semasa Berlari

Terbaru menerusi sebuah posting di laman Twitter twtmarathon berkongsi mengenai bekas juara Triple Crown 2017 iaitu Michael John McKnight dari Utah yang telah berlari sejauh 160 km selama 18 jam 37 minit dengan 0 kalori.

Lewat posting tersebu,t Micheal John McKnight dipercayai tidak mengambil sebarang kalori (calories intake) semasa  berlari.

“Ada beberapa orang yang memberitahu saya bahawa mereka tidak merasakan kemungkinan berlari sejauh 100 batu tanpa memakan kalori. Sejujurnya, saya sendiri agak skeptikal”. kata Michael John McKnight melalui posting di laman Facebook miliknya.

Menurutnnya lagi beliau gembira dan terus terang terpengaruh dengan betapa tidak selesanya semalam. Selain kaki yang sakit dan letih yang biasa kita alami, tetapi semuanya berjalan lancar. Tidak ada masa di mana beliau bimbang sekiranya tidak dapat selesaikannya. Setiap batu berlaku secara santai, dan akhirnya beliau menyelesaikan satu tujuan utamanya iaitu 100 batu. 0 kalori. 18 jam 37 minit.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih  kepada jurulatihnya @gobroncobilly atas semua pertolongan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada Micheal sebelum ini.

“Terima kasih juga kepada @zachbitter dan @clever_and_reckless kerana menjawab beberapa soalan saya”. katanya.

Sumber: Twitter Facebook

 

Nor Azilah

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)