Siakap Keli
Gambar: Ir Zikri Zaini/BERNAMA

Lelaki Kongsi Tips Jangan Takut ‘Declare’ Pendapatan Di LHDN Kalau Nak Berjaya Dalam ‘Business’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini, tular mengenai satu perkongsian di Facebook oleh Ir Zikri Zaini berkenaan dengan pengisytiharan pendapatannya di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Melalui post tersebut, Zikri mengingatkan semua agar tidak perlu takut untuk isytihar pendapatan di LHDN. Ianya kerana bimbang akan menyusahkan kita pada masa akan datang.

Mengapa kita tidak perlu takut untuk isytihar pendapatan? Berikut pengalaman yang dikongsikan oleh Zikri.

Jangan Takut Isytihar Pendapatan Di LHDN

Ketika mula2 berniaga dulu saya telah menerima surat cinta ini dari LHDN. Surat ini menuntut saya untuk membayar cukai dengan jumlah RM 48,768.68 dengan kadar segera.

Waktu ni betul2 down, mana nak cari duit sebanyak ini?!! Syarikat baru 3 tahun nak survive, tiba2 ada kos luar jangka perlu di keluarkan lagi.

Nak pinjam dengan Mak Ayah, malu..
Nak pinjam dengan kawan2, ermmm..
Ada ke yg sanggup bg cash RM48,768.68?

Saya ke LHDN mengadap pegawai mereka. Merayu2 minta tolong kurangkan denda..
Turun naik LHDN serahkan resit yang tak lengkap.

Namun mereka hanya mampu menasihati saja, Jika nak berjaya dalam business kena bayar tax.. (waktu ni saya tak faham)

Penyelesaianya hanya satu iaitu bayar ansuran RM4,064.05 sebulan selama 12 bulan dan selama tempoh itu la saya terpaksa ikat perut, bekerja lebih kuat bagi memastikan saya mampu membayar cukai lama ini… 😔😔

Apa yang berlaku ada hikmahnya, Selepas kejadian itu saya mula berhati2 dan terus membetulkan system kewangan syarikat.

Saya mula melantik Staff Akaun yang berpengalaman. (Sebelum ni nak jimat guna excel update sendiri saja. 😓)

Kemudian saya lantik syarikat Secretary tukar dari syarikat Enterprise kepada Sendirian Berhad (Sdn Bhd). Itu pun selepas 3 tahun operasi ZYQ.

Saya lantik syarikat Audited yang bertauliah. Bayar mahal sikit tak pe janji dia jaga akaun syarikat kita baik2.. pastikan mereka declare dengan LHDN dan SSM tiap2 Tahun.

Dengan adanya Audited Accout ini juga memudahkan syarikat berkembang dengan bantuan2 Loan daripada pihak Bank.

Selepas 3 tahun (ada Audited Account), baru saya faham maksud pegawai LHDN itu nak berjaya dalam business kena bayar tax.

Dan kini bila berlaku krisis begini, bantuan PRIHATIN semua rekod kita dah ada di LHDN. Mohon untuk syarikat dan diri sendiri, bantuan tu lulus dengan mudah. Alhamdullilah.

Untuk Usahawan, planning pengurangan cukai dengan cara yang betul itu tak salah, yang salah tu bila tak declare income lansung.

Declare Income, tak semestinya perlu bayar cukai.

So Jangan takut declare income kita dengan LHDN.

Ir Zikri Zaini
#belajardaripengalaman

Sumber: Ir Zikri Zaini

Adib Mohd

Nur Farra