Siakap Keli
Gambar: Bernama

Melaka Beri Pengurangan Sewa Bulanan 50 Peratus Untuk Rumah Pangsa Dan PPR LPM

Melaka: Kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan Melaka (LPM) memberi insentif pengurangan sewa bulanan sebanyak 50 peratus untuk rumah pangsa dan Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah seliaan LPM selama enam bulan mulai Mac lepas.

Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Ali berkata insentif pengurangan itu melibatkan skim sewaan bagi empat projek perumahan iaitu PPR Krubong, PPR Tehel, Rumah Pangsa Kampung Padang dan Rumah Pangsa Pantai Peringgit.

Katanya, pelaksanaan berkenaan membabitkan 1,471 unit rumah dengan implikasi kewangan berjumlah RM991,950.

“Pemberian insentif ini berikutan pelanjutan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 yang telah menyebabkan pendapatan penyewa PPR dan rumah pangsa kerajaan terjejas.

“Ia memberi manfaat dan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat daripada golongan berpendapatan rendah (B40) di negeri Melaka khususnya penyewa dalam tempoh amat mencabar ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

-BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.