Siakap Keli

Melalui Detik Kepergian Isteri, Lelaki Titip Tips Persediaan Kehilangan Pasangan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa yang tidak sedih kehilangan orang yang tersayang. Hikmah kehilangan orang yang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah kerana itu sifatnya kekal.

Jodoh, pertemuan ajal dan maut semua ditangan Allah. Kita hanya mampu merancang selebihnya Allah yang menentukan.

Perkongsian dari Khairul Abdullah di Facebook sedikit sebanyak dapat membantu dalam persediaan menghadapi kepergian orang yang tersayang supaya tidak bersedih secara berterusan.

Antara kerisauan kita sebagai parents adalah bila kita kehilangan pasangan. Ramai kaum ibu terutamanya sangat susah hati kalau dia mati, dapatkah suami jaga anak-anak dia.

Atau bila suami dia pulak yang mati, dapatkah dia seorang diri membesarkan anak-anak?

Benda jodoh dan ajal ni hanya Allah sahaja yang tahu.

Kita selalu fikir yang ia tak akan terjadi pada kita. Kita akan kekal bahagia sampai ke tua. Namun Allah ada perancangan untuk kita. Mungkin esok lusa pasangan kita dijemput pulang.

Bersediakah?

7 Tips Untuk Bersedia Untuk Kehilangan Pasangan

1. Belajar Reda

Reda ni adalah bila kita menerima hakikat. Benda ni payah, kadang-kadang di mulut kata reda tapi dalam hati berat nak terima takdir. Jadi kena belajar. Bila barang hilang, kita reda, itu bukan rezeki. Bila tudung hangus kena iron, kita reda juga, bukan rezeki kita lagi.

So belajar reda dengan benda-benda kecik begini adalah asas untuk kita reda bila menerima ujian yang lebih besar.

Kalau susah nak reda maka akan susah untuk move on dan move forward nanti. Asyik menangis bucu katil jer. Semua urusan tergendala, makan pakai anak pun terabai.

Ini adalah persediaan mental yang paling penting.

2. Persiapkan Pasangan.

Suami kena ajar isteri buat benda-benda yang isteri tak pernah buat. At least bagi dia pernah beberapa kali untuk dia biasakan diri. Kalau mesin basuh tersumbat suami yang baiki, sesekali panggil isteri tolong tengok macamana kita baiki. Tunjuk benda-benda penting bagi dia ada idea, oohhh macam ni. At least bagitau dia segala contact untuk uruskan hal rumah bila ada masalah.

Paling penting driving dan bab-bab kereta ni.

Isteri lagi banyak kena ajar suami. Macamana nak basuh baju, macamana nak buat susu baby, macamana nak tukar lampin, macamana nak buat porridge dan serba serbi yang lain. Suami pun, tolonglah belajar buat semua benda jugak.

Suami ni kalau isteri mati, paling mudah hantar anak kat mak ayah atau lepas 3 bulan dia kahwin lain bila dia mula pening tak boleh nak handle kerja rumah dan anak-anak. Bukan tak boleh kahwin lain, tapi at least anak-anak merasa juga air tangan bapak dia. Besarkanlah anak sendiri dan jangan bagi pada orang.

3. Senarai dan rekod semua maklumat penting.

Segala maklumat perbankan, maklumat insurans/takaful, segala jenis hutang piutang yang ada print out dan simpan dalam fail.

Atau simpan dalam softcopy save dalam drive atau cloud dan simpan username pasword semua pada satu tempat atau dokumen yang boleh dijumpai oleh pasangan bila kita mati nanti.

Dokumen anak-anak, buku biru dia buku pink dia, jadual imunisasi dia, surat-surat hospital dan sebagainya masukkan ke dalam fail khas mengikut setiap anak.

Username dan password semua akaun media sosial, email, atm pin dan sebagainya juga harus direkod dan disimpan baik di dalam fail di satu tempat. Dalam tu juga boleh siap tulis surat cinta, surat pesanan, wasiat atau apa sahaja.

Sebaiknya maklum terus pada pasangan. “Yang, kalau I mati, awak ambil satu fail warna merah dalam laci almari baju tu yer.”

This is serious okeh.

4. Sediakan Tabungan

Ini benda paling kritikal bagi seorang isteri. Bila suami mati, benda pertama nak kena fikir adalah duit. Yer duit untuk hidup membesarkan anak-anak. Jadi buatlah simpanan. Pin kad ATM tu bagi isteri hafal.

Lepas tu buatlah Takaful Hibah. Bayar puluh-puluh ringgit jer sebulan, kalau mati anak bini dapat duit ratus ribu. Dapatlah diorang meneruskan hidup. Kalau kita nak simpan RM100 sebulan pun belum tentu dapat RM100K.

Yang dah ada insurans atau takaful tu mohon maklumkan pada isteri atau takpun pada kawan rapat dan sesiapa sahaja yang boleh maklumkan pada pasangan nanti.

Banyak kes pampasan tak dituntut sebab suami atau ister tak tahu pun yang pasangan dia tu ada insurans.

Hubungilah kawan-kawan yang buat Takaful dan minta nasihat okeh.

5. Pengagihan Harta & Wasiat

Banyak benda weh yang ni. Macam-macam isu timbul nanti bila salah seorang dah tak ada. Rumah, kereta, duit ringgit semua boleh mendatangkan kacau bilau dan juga perpecahan antara keluarga.

Banyak kes yang kita dah tengok kan? Belajar sesuatu?

Uruskan lah harta sepencarian dengan segera. Cari kawan-kawan yang buat pengurusan harta ni.

Nak mati dan kebumi di mana pun bincanglah dan tetapkanlah. Ini pun nanti boleh jadi isu. Berebut nak bawa balik mayat ke sana sini.

Nak wasiat pada suami suruh kahwin lain pun boleh, kalau bagi terus nama calon lagi baik. Okeh gurau.

6. Belajar Pengurusan Jenazah.

Yer, ini khidmat terakhir bagi isteri kepada suami dia. Suami pun sama, boleh mandikan, sembahyangkan dan terakhir boleh bawa turun ke liang lahad.

Bila ada kematian dan ada peluang untuk masuk dan membantu maka ambillah peluang. Kalau ada kursus maka ikut sertalah.

Paling bagus untuk suami belajar imamkan solat jenazah. Alangkah indahnya jika jenazah si isteri disolatkan sendiri oleh suami.

7. Jaga Kesihatan

Ini yang paling penting. Kalau seorang dah tak ada maka beban tugas tu akan jadi double. Penat wehh, kaulah ibu kaulah ayah. Semua benda kau nak kena buat sendiri.

Orang pompuan kuat bab ni tak macam lelaki yang mudah give up bila urus rumahtangga ni. Namun kalau kuat tapi kesihatan mental dan fizikal tak baik maka takkan dapat nak uruskan keluarga juga.

So, stay safe, stay healthy.

Begitulah.

Semua benda no 1-7 tu aku dah lalui.

Orang tanya macamana aku kuat, macamana aku boleh hadap sorang-sorang, sebabnya aku dah bersedia.

Actually arwah isteri sudah “sediakan” aku awal-awal lagi. Dia dah prepare semua benda-benda tu. Bila dia mati semua dokumen, username, password, pin semua aku jumpa, segalanya aku urus dengan mudah.

Bab urus rumahtangga, urus anak, makan minum dan sebagainya dia latih aku sejak awal perkahwinan lagi. So, lebih mudah aku teruskan hidup dengan anak-anak sampai ke hari ini tanpa dia.

Memang, semua ni ketentuan tuhan. Rezeki, ajal dan maut sudah ditetapkan. Namun kita haruslah berdoa, berusaha dan barulah berserah dan tawakal.

Bersedialah okeh.

KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy

Sumber: Khairul Abdullah

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra