Siakap Keli

(Video) Dipercayai Tak Puasa, Individu Lari Lintang-Pukang Bila Sedar Perbuatan Dirakam

Ibadah puasa merupakan satu amalan yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam di seluruh dunia apabila tibanya bulan Ramadan. Ianya kerana amalan ini adalah salah satu rukun Islam yang wajib kita tunaikan.

Namun, masih ada segelintir masyarakat yang berdegil dan tidak menunaikan sebaik mungkin.

Tular satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Naem Kozi menunjukkan segelintir individu dipercayai membeli makanan di siang hari.

Melalui video itu juga, kelihatan individu dikatakan  tidak berpuasa ini lari bertempiaran apabila ditegur oleh beberapa individu yang merakamkan perbuatan mereka itu.

Gambar: Naem Kozi

Sumber: Naem Kozi

Adib Mohd

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.