Siakap Keli
barangan kulit kulat
Kredit: Metrojaya Sabah

(Video) Lebih Sebulan PKP, Pasaraya Cuci, Buang Barangan Kulit Rosak Akibat Kulat

Setelah lebih sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, sebuah pasaraya di Sabah terpaksa membersihkan gedung mereka termasuk membuang barangan jualan berasaskan kulit yang sudah ditumbuhi kulat.

Menurut Metrojaya Suria Sabah, proses sanitasi dan nyah jangkit itu dilakukan beberapa hari lalu menjelang pembukaan semula pusat beli belah tersebut pada hari ini.

Sepanjang PKP sebelum ini, hanya ruangan barang keperluan harian di pasaraya sahaja yang boleh dibuka manakala bahagian lain tidak dibenarkan beroperasi.

Pertumbuhan kulat pada barangan kulit itu dipercayai berpunca daripada udara yang lembab dan hangat serta kekurangan peredaran udara di ruangan pasaraya yang sudah lama tidak dikunjungi itu.

Pengasingan dan pembuangan stok terjejas

Penyahjangkitan

Pembersihan laluan udara

Sumber: Metrojaya Suria, Daily Mail

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.