Siakap Keli
Gambar Via Google

Wanita Didakwa Dera Anak Angkat, Patahkan Gigi Guna Playar, Polis Anggap Kes Terburuk Sepanjang Karier

Seorang wanita telah ditahan selepas dia didakwa mendera anak angkatnya dengan mematahkan giginya menggunakan playar dan memaksa anaknya itu untuk memakai rantai anjing.

Anak lelakinya yang berusia 14 tahun telah diseksa selama bertahun-tahun di Pace, Florida. Dia dipukul dan dibiarkan tidur di lantai konkrit yang kotor.

Menurut pihak polis, suspek juga pernah memandikan mangsa dengan cara membogelkannya di halaman depan rumah dan menyembur mangsa dengan air.

Tahap penderaan tersebut telah mengejutkan Sheriff Rosa County, Bob Johnson, yang berkata kepada akhbar Miami Herald bahawa kes tersebut merupakan salah satu kes terburuk yang pernah dilihat sepanjang kariernya selama 38 tahun.

“Jujurnya, sebagai seorang bapa, ia sangat mengesalkan saya. Seseorang yang sanggup melakukannya terhadap manusia lain sudah cukup teruk namun apabila anda mula melakukannya terhadap seorang anak, kami betul-betul akan menganggapnya sebagai peribadi,” katanya.

Suspek dipercayai mempunyai empat orang anak angkat dan bukti menunjukkan bahawa dia telah mendera mereka semua namun ‘melebihkan’ anak angkatnya yang berusia 14 tahun tersebut. Remaja itu dipercayai telah tinggal bersamanya dan suami sejak lebih tujuh tahun lalu.

“Dia mendera anak ini dengan teruk dan tidak membenarkannya ke sekolah kerana takut seseorang akan melaporkan penderaan yang dilakukan olehnya. Dia hanya membenarkan anaknya itu belajar di rumah,” kata Johnson.

Suspek telah ditahan pada 8 Mei yang lalu dan didakwa atas pertuduhan penderaan kanak-kanak yang teruk.

Sumber: Metro UK

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa