Siakap Keli

3 Masjid Di Negeri Sembilan Diberi Kebenaran Dirikan Solat Jumaat Bermula Esok, 4-12 Jemaah Sahaja Dibenarkan – JHEAINS

Menerusi satu kiriman daripada laman Facebook rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah memberi kebenaran untuk melaksanakan solat Jumaat dan solat suna Aidilfitri secara berjemaah di masjid yang ditetapkan oleh pihak jabatan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Kebenaran Solat Jumaat (Berperingkat) serta Garis Panduan Pelaksanaan dan Solat Sunat ‘Idulfitri 1441H.

Masjid yang mula untuk dibenarkan melaksanakan perkara di atas:

1. Masjid Negeri, Seremban
2. Masjid Diraja Seri Menanti
3. Masjid-Masjid Daerah

Antara perkara penting yang perlu difahami:

1. Solat Jumaat BOLEH DILAKSANAKAN di masjid atau surau yang terpilih serta mendapat kebenaran mendirikan solat Jumaat di Negeri Sembilan.

2. Hanya imam, bilal dan siak yang bertugas serta Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid/Surau sahaja DIBENARKAN berada di masjid atau surau Jumaat. Bil jemaah terhad kepada 4 hingga 12 orang sahaja dalam satu-satu masa.

3. Bagi jemaah lain, mereka HENDAKLAH menggantikan solat Jumaat dengan solat Zohor di rumah masing-masing.

 

Sumber: Jabatal Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang