Siakap Keli
Gambar Hiasan via Metro Uk

Alami Rasa Sama Seperti ’Period Pain’, Gadis Tak Sangka Rupanya Hidap Kanser Ovari

Seorang gadis berusia 14 tahun menyangka bahawa kesakitan yang dialami olehnya adalah kerana ‘period pain’ namun dia dan keluarganya terkejut apabila mengetahui bahawa dia sebenarnya menghidap kanser ovari.

JaKayla Coggins mula merasakan kesakitan tersebut bermula pada Disember 2019 dan dia memakan ubat tahan sakit untuk mengubati kesakitannya namun ubat tersebut juga sebenarnya tidak memberikan kesan.

JaKayla dan ibunya, Sheena Bowman terpaksa pergi ke bilik kecemasan selepas dia mengalami kesakitan yang teruk sehingga tidak dapat tidur. Apabila melakukan ujian ‘ultrasound’, mereka terkejut apabila mengetahui bahawa terdapat satu ketumbuhan berjisim besar di dalam perutnya dan disahkan sebagai kanser ovari.

“Kami sangat terkejut dan menangis selepas mengetahuinya. Proses ini sangat sukar untuk dilalui, doktor memberitahu bahawa kanser ini berada pada tahap pertama.

“Ia sangat besar sehingga pembedahan perlu dilakukan dengan segera kerana doktor tidak pasti sama ada kanser tersebut boleh memberi kesan kepada buah pinggang atau apa-apa jenis kerosakan pada bahagian lain,” kata Bowman.

Gambar: Metro UK

Doktor telah membuang ketumbuhan tersebut dan juga salah satu ovari JaKayla. Tidak lama selepas itu, remaja tersebut memulakan kemoterapi.

Kanser ovari dikenali sebagai pembunuh senyap kerana penghidapnya tidak mengalami sebarang simptom. JaKayla juga tidak mengalami kembung walaupun ukuran ketumbuhannya membentuk di dalam tubuhnya.

Doktor memberitahu Bowman bahawa walaupun sangat jarang berlaku pada golongan muda, gadis seperti anaknya juga sangat berpotensi pada risiko penyakit tersebut.

Sumber; Metro UK

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa