Siakap Keli

Bayi Berusia Tiga Hari Dilapor Meninggal Dunia Setelah Ibunya Diuji Positif Covid-19

Seorang bayi berusia tiga hari dilaporkan meninggal dunia di hospital selepas ibunya dijangkiti dengan virus Covid-19, menurut satu siasatan yang dijalankan.

Kematian bayi tersebut dikatakan merupakan mangsa termuda yang maut berkaitan Covid-19 di UK.

Difahamkan, ibu kepada bayi terbabit telah diuji positif dijangkiti dengan virus maut tersebut sebelum dia melahirkan bayinya itu.

Siasatan yang dijalankan terhadap kematian bayi tersebut menunjukkan bahawa ‘maternal Covid-19’ disyaki sebagai punca kerana ibu kepada bayi itu adalah pembawa virus.

Bayi tersebut telah dilahirkan di Hospital Princess of Wales di Bridgend, south Wales, dengan kondisi jantung yang lemah.

Gambar: Mirror UK

Dia kemudiannya telah dipindahkan ke Hospital Singleton yang terletak di Swansea, namun dilaporkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Menurut Mirror, punca utama kematian tersebut dipercayai disebabkan severe hypoxic ischaemic encephalopathy, yang bermaksud otaknya kekurangan darah serta oksigen.

Maternal Covid-19 pula disenaraikan sebagai punca yang kedua.

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa