Siakap Keli

Disangka Pistol Mainan, Adik Tak Sengaja Tertembak Abang Hingga Maut

Siapa yang menyangka, satu pistol mainan yang dijumpai  berakhir dengan tragedi apabila abangnya mati ditembak oleh adiknya sendiri.

Adrian Weaver yang berumur 12 tahun meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk di bahagian dadanya selepas tidak sengaja ditembak adiknya. Insiden tersebut berlaku di Griffin, Georgia pada 9 Mei yang lepas.

Polis memberitahu, sebelum insiden tersebut berlaku, Weaver sedang bermain dengan adik perempuan dan adik lelakinya dengan sepucuk pistol yang dianggapnya sebagai mainan. Pistol tersebut dikatakan dijumpai di kawasan semak berhampiran kediaman mereka.

Beberapa jam sebelum kejadian itu, beberapa anggota polis berada di kawasan berhampiran untuk mencari suspek yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya.

Hasil siasatan mendapati bahawa suspek berkemungkinan membuang pistol tersebut di kawasan berdekatan dengan kejadian. Pihak polis juga menemui sebuah beg yang disyaki berisi pil ekstasi di kawasan berhampiran.

Sumber: Metro UK

Adib Mohd

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.