Siakap Keli

Emirates Mulakan Operasi Penerbangan Ke 9 Destinasi Terkemuka Mulai 21 Mei Ini

Baru-baru ini, syarikat penerbangan Emirates telah mengumumkan bahawa mereka akan memulakan penerbangan penumpang bermula 21 Mei ini.

Penerbangan tersebut akan menjadi penerbangan pertama selepas operasinya dihentikan buat sementara waktu disebabkan oleh wabak COVID-19 sebelum ini.

Sebanyak sembilan destinasi popular yang dipilih daripada lapan buah negara.

Antaranya London Heathrow, Frankfurt, Paris, Milan, Madrid, Chicago, Toronto, Sydney dan Melbourne.

Syarikat penerbangan ini juga akan menawarkan penerbangan di Dubai untuk mereka yang melakukan perjalanan antara United Kingdom dan Australia.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk merancang mengembalikan operasi ini ke beberapa destinasi tambahan lagi,” kata Adel Al Redha, Ketua Pegawai Operasi Emirates.

Menurut Emirates di laman web rasminya, para pelancong hanya akan diterima dalam penerbangan ini sekiranya mereka memenuhi syarat kelayakan dan syarat kemasukan dari negara yang ingin dituju mereka. Ini termasuk kelulusan dari Pihak Berkuasa Persekutuan untuk Identiti dan Kewarganegaraan (ICA) untuk penduduk UAE yang ingin kembali ke Dubai.

Sumber: Bloomberg, Emirates

Adib Mohd

Nur Farra