Siakap Keli

Gadis Kongsi Pengalaman Ayahnya Terjun Udara, Ada Rakan Terkorban Sebab Payung Terjun Tak Terbuka

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebelum ini pasti kita sering mendengar kisah-kisah individu yang maut ketika membuat aksi lasak, bukan?

Ada yang terkorban semasa melakukan lompatan tinggi, ada yang meninggal dunia kerana lemas ketika menyelam, malah tidak kurang juga, ada yang terkorban ketika membuat terjunan tinggi menggunakan payung terjun.

Rata-ratanya berakhir dengan kematian kerana impak nahas tersebut berada pada kadar yang tinggi.

Salah satu pihak yang paling sinonim dengan terjunan payung terjun ini adalah tentera.

Gambar sekadar hiasan

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Malaysia, anggota tentera yang membuat terjunan udara beberapa tahun dahulu, dilaporkan terkorban dalam satu kejadian nahas di Melaka.

Difahamkan, kematian tentera tersebut berpunca daripada sistem payung terjun tersebut gagal berfungsi, mengakibatkannya hilang keupayaan untuk terjun dengan selamat lantas terus jatuh di atas atap rumah orang.

Kisah benar ini dikongsikan oleh seorang warga Twitter, Starryshira menerusi halamannya baru-baru ini.

Mari baca bebenang ini satu persatu.

Pembetulan, pangkat ayahnya adalah Staf Sarjan (SSJN).

Walaupun pernah berkhidmat dalam barisan komando yang dianggap ‘garang dan ganas’, namun jelas gadis ini, ayahnya adalah seorang bapa yang sangat penyayang dan mesra.

Sebaliknya, emaknya pula yang kelihatan lebih garang dan ‘komando’ berbanding si ayah.

 

Menurutnya, walaupun emaknya garang tetapi beliau tidak sempat ‘bergarang’ dengannya lama kerana emaknya telah meninggal dunia semasa umurnya 14 tahun.

“Untuk aku, mak aku tak sempat nak ‘merimau’kan aku, masa form 2 mak dah pergi buat selama-lamanya. Duduk dengan ayah memang dimanjakan. Ayah suruh meniaga macam mak, so here I am..”

Kini, gadis ini sedang giat menjalankan perniagaan kasut bundle secara atas talian di Instagram.

Ada netizen yang terkeliru dengan cerita ini, namun gadis ini menerangkan kembali dengan jelas.

Kematian anggota tentera tersebut melibatkan seorang jurulatih dan seorang pelatih, kedua-dua mereka adalah rakan ayahnya.

Walaupun kisah ini sudah lama berlalu, namun kejadian tragis tersebut mengajar kita bahawa tentera adalah manusia yang hidup matinya berpaksikan perjuangan dan sedia berkorban demi negara.

Semoga kedua-dua anggota tentera yang gugur itu ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman.

Terima kasih saudari atas perkongsian cerita yang menyeronokkan.

Suka melihat cara ayah saudari yang tegas dalam ketenteraan, dalam masa sama sangat penyayang dengan anak-anak.

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.