Siakap Keli
Foto: Jannatun Naim

Hanya Modal Lebih Kurang RM12, Boleh ‘Repair’ Peti Sejuk Yang Dah Kurang Sejuk Kat Rumah

Peringatan: Kerja-kerja membaik pulih barangan elektrik perlu ada kemahiran untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang tak diingini

Peti ais merupakan peralatan rumah yang paling penting dan utama. Dan tidak menjadi perkara pelik jika seseroang itu menggunakan peti sejuk yang sudah berabad tahun lamanya dan akhirnya mengalami beberapa masalah seperti kurang sejuk dan sebagainya.

Nak tak nak, terpaksalah panggil orang untuk perbaiki tetapi waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini agak sukar untuk pekerja datang ke rumah kita. Jadi, korang terpaksalah baikinya sendiri. Jangan risau, hari ini SK ingin berkongsi satu lagi tips menarik iaitu cara membaiki peti sejuk sendiri dengan bermodalkan hanya RM 12 sahaja.

Jom, ikuti perkongsian daripada pemilik Facebook, Jannatun Naim yang sudi berkongsi tips dan cara pemasangan yang betul dan boleh jimat wang.

Pernah tak tiba-tiba peti sejuk kat atas beku, tapi kat bawah tak sejuk pon. Tak pun atas bawah kurang sejuk, jadi saya nak kongsi sikit, selalunya yang jadi masalah ialah, defrost thermostat / defrost sensor yang rosak. Jadi, saya nak tunjuk kat mana dan cara nak tukar benda ni.

Sensor ini saya beli online, sebab kedai tak bukak masa PKP ni.. Modal lebh kurang RM 12 sahaja. 

Benda yang perlu: 

  • Off power weyyyy, mati keras satgi
  • Screwdriver philip
  • cable tie
  • defrost thermostat
  • shirnk tube/ selotip hitam
  • hair dryer (optional)

1. Kalau bukak cover bahagian atas peti sejuk, macam ni rupa dia. Semua dah frozen, sebab tu bawah tak sejuk.

2. Tunggu ais tu mencair sendiri… Saya tak kuasa nak tuggu, jadi guna hair dryer pon boleh nak bagi cepat cair tadah bekas.. Senang nak buang ais yang cair tu.

3. Dah cair perasan tak benda tiub warna pink tu,, haaa tu la sensor tu, potong cable tie tu.. Tarik keluar sensor tu.

4. Ok ni keadaan sensor tu.. Yang bawah tu, baru punya

5. Macam ini. Potong wire yang asal tu, pastu sambung pada yang baru, jangan risau tak ada polarity. Bubuh (letak) ja ikot suka hmpa. Kemaskan Guna heat shirnk tube (warna hijau tu), kalau tak ada boleh guna selotip hitam pon tak apa.

6. Letakan pada posisi asal, bahagian metal sensor tu hala ke bahagian bawah ye,, guna cable tie, ikat balik kemas-kemas, supaya tak bergerak. Tutup balik cover.. Ha siapla.. Senang kan…


P/s, : yang tiub belah bawah tu pulak nama dia thermal fuse,, macam fius besa, untuk elakkan coil terlebih panas (fius putus) masa peti sejuk ni auto untuk cairkan ais ( defrost heater) yang terjadi masa compressor off.

Ni rupa sebelum bukak yang ni pakai clip ( petak kecil kiri dan kanan kat atas sekali tu) ada yang guna screw,, ikot model.

Ramai yang tanya macam mana rupa defrost thermostat ni, macam ni la rupa dia. Ada banyak jenis bulat, petak. Bagi pendapat saya tak kisah untuk guna yang mana pon ikut poket tuan-tuan, fungsi dia tetap sama walaupun bentuk dia berlainan. Benda ni cuma sensor je, nak test benda ni ok ke tak,, boleh guna multimeter cek continuity dia. Dalam keadaan tak sejuk tak ada continuity dah sejuk baru ada. Moga bermanfaat.

Sumber: Jannatun Naim

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)