Siakap Keli

Kirim Barang Sampai Hari Yang Sama, Wanita Kongsi Cara Pos Makanan Guna Kapal Terbang Firefly

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Musim perayaan tahun ini menyaksikan ramai yang memilih untuk membeli segala keperluan menerusi atas talian.

Sedia maklum, perkhidmatan barangan sedia ada sedikit sebanyak turut terjejas kerana menerima kiriman yang banyak melebihi hari biasa.

Menerusi perkongsian seorang individu, Anis Hafiza, berkongsi pengalaman mencuba alternatif lain untuk kiriman barang ke kampung halaman.

CARA POS MAKANAN GUNA KAPAL TERBANG FIREFLY -Pos biskut raya di kampung.

Memandangkan pkpb di sambung ke 9 jun 2020, saya tidak dapat pulang ke kampung. Maka saya nak pos biskut raya menggunakan pos malaysia, gdex, nation wide tadi saya pergi semua tak terima makanan dan penghantaran katanya mungkin sampai selepas raya maka saya pilih firefly airlines.

Yang fly adalah barang sahaja. Barang kering, dokumen, makanan boleh seperti nasi, nekbat, nisan terengganu murtabak, ketupat palas..boleh tapi packaging kena betul supaya tidak tumpah dalam kapal terbang dan tidak basah kotaknya.

Caranya mudah sahaja.
1. Bawa barang ke kaunter check in dan scan
2. Timbang di kaunter firefly
3. Isi form di kaunter pejabat jualan firefly
4. Bayar mengikut berat barang, seperti saya kena 9.3 kilogram saya kena Rm21.20 sahaja.
5. Serah barang di kaunter check in

Ketibaan barang waktu pukul 5 petang:
1. Pakcik saya akan pickup di lapangan terbang sultan mahmud kuala terengganu.
2. Pakcik saya akan ke kaunter firefly, tunjuk ic dan ambil barang
3. Barang selamat tiba ke rumah mak saya.

So gais kita ada pilihan daripada stress hantar barang guna pos biasa lambat, maka kita ada pilihan guna firefly, lagi pun murah pun murah cuma kena pickup sendiri di airport sahaja.
Legaaa barang dapat di pos pada orang tersayang.

Update terkini. Barang selamat sampai pukul 5 petang tadi dan yang best biskut raya tidak hancur, tidak pecah semua keadaan baik dan biskut, tat, kerepek selamat di terima.

Terima kasih firefly kerana menyediakan perkhidmatan seperti ini.
Saya bagi 10 bintang .

#anishafiza
#posMakanangunaKapalTerbang

Sumber: Anis Hafiza

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul