Siakap Keli

Masjid & Surau Terpilih Di W.Persekutuan Dibenarkan Solat Jumaat, Berjemaah, Tarawih Bermula Esok Termasuk Solat Aidilfitri

Menyuarat memutuskan semua masjid dan surat terpilih di Wilayah Persekutuan dibenarkan untuk mendirikan solat jumaat bermula esok, solat berjemaah setiap waktu terpakai selepas solat Jumaat termasuk solat terawaih dan solat sunat hari raya Aidilfitri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berktaa, keputusan tersebut diambil berikutan staitsik terkini Covid-19 yang menunjukkan terdapat banyak zon hijau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

”Bagi Wilayah Persekutuan, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 14 Mei 2020 telah memutuskan pertama bersetuju menerima titah YDPA supaya semua masjid, surau terpilih boleh mendirikan solat jumaat bermula esok, solat berjemaah setiap waktu juga terpakai selepas solat Jumaat termasuk solat terawaih dan solat sunat hari raya Aidilfitri.

”Lain-lain solat secara berjemaah di masjid dan surau-surau terpilih dalam tempoh PKPB boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula selepas solat Jumaat pada 15 Mei 2020 berdasarkan cadangan Mensyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam Malaysia kali kelima,” kata beliau.

Oleh itu, mesyuarat memutuskan bilangan jemaah bagai solat jumaat dan lain-lain solat jemaah adalah tidak kurang dari tiga orang tidak termasuk imam dan tidak melebihi 30 orang bagi kawasan Wilayah Persekutuan.

Sumber: Sidang Media Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.