Siakap Keli

Mungkin Ada Yang Tak Tahu, Guna ‘Tomato Ice’ Boleh Hilangkan Jerawat Di Muka

Memiliki kulit muka yang bebas tanpa sebarang jerawat adalah keinginan semua orang tidak mengira usia dan jantina.

Jerawat merupakan masalah kulit yang paling ditakuti semua orang. Manakan tidak disebabkan jerawat, kita akan merasa malu, kurang keyakinan diri malah mampu menyebabkan sesetengah individu menjauhkan diri dari orang lain.

Tular menerusi sebuah posting di laman Facebook Aisyah Badar Bajrai yang berkongsi mengenai tips untuk menghilangkan jerawat hanya dengan menggunakan tomato ice.

Ni salah satu petua emergency Aisyah bila muka tetiba naik jerawat. Petua ni bukan setakat simple, tapi memang berkesan sangat.

Aisyah tau ramai dah tahu petua ni. Tapi tak pe, kot kot ada yang tak tahu lagi. Boleh la try nanti.

Petua ni Aisyah dapat dari sorang MUA (Make-Up Artist) dulu. MUA ni citer dulu dia ada makeup kan model yang ada jerawat pasir. Lepas dia advice model tu pakai tomato ice kat muka, kulit model tu licin sangat.

Petua tomato ice ni bukan setakat boleh kecutkan jerawat dengan licinkan kulit, tapi kalau ada parut jerawat pun boleh hilang tau. Kalau konsisten pakai, pori-pori muka pun boleh makin kecik.

Ok jom tengok cara buat tomato ice ni;

  1. Masukkan sebijik tomato dalam freezer 3-4 jam. Pastu potong dua.
  2. Amik sebelah tomato yang dipotong tu pastu basuh sikit dengan air. Pastu baru golek golek tomato tu kat muka sampai tomato tu hancur.
  3. Biarkan dia kering 15-20 minit. Pastu baru basuh

**Sehari boleh buat 2 kali. Try konsisten buat seminggu insyaAllah nampak beza nanti.

Khasiat tomato ice

– kecikkan pori pori muka

– kurangkan minyak kat muka

– kurangkan sembab muka

– melancarkan darah muka, nanti muka pinkish pinkish

– hilangkan blackhead

– sekatakan warna kulit

– kurangkan jerawat

Next time Aisyah share cara kita nak boost kan khasiat tomato untuk cerahkan kulit. Just tambah lagi satu bahan jek kulit boleh lagi cerah plus lembut.

Sumber: Aisyah Badar Bajrai

 

Nor Azilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.