Siakap Keli

Ramai Tak Tahu Bawa Barang Perdagangan Guna Kenderaan Persendirian Yang Tak Didaftarkan Atas Nama Syarikat Adalah Satu Kesalahan

Mungkin ramai yang tidak tahu, membawa barangan perdagangan menggunakan kenderaan milik persendirian dan tidak didaftarkan atas nama syarikat merupakan satu kesalahan.

Halaman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerusi #sembangtrafik berkongsi satu info mengenai kesalahan salah guna lesen kenderaan motor.

Menurut kenyataan yang dinyatakan, tindakan tersebut telah melanggar undang-undang di bawah Seksyen 23 (2), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), iaitu kesalahan menggunakan cukai jalan perdagangan pada kenderaan lain.

Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dikenakan denda tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya.

Berikut adalah petikan tindakan undang-undang yang temaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333):

 

https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/posts/3216265128383772

Sumber: PDRM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.