Siakap Keli

Tular ‘Seller’ Jual Telur Penyu ‘Online’, Shopee Mohon Maaf Dan ‘Banned’ Penjualan

Sebelum ini tular Twitter ZoologiMY mendedahkan telur penyu telah dijual melalui atas talian.

Umum tahu haiwan itu kini semakin pupus dan tindakan seperti ini perlu dihentikan demi kelangsungan generasinya.

Terkini, difahamkan platform dalam talian Shopee telah memohon maaf menerusi ruang komen pada iklan sebuah produk mee segera di Facebook dan berjanji akan mengamil tindakan terhadap isu tersebut.

Shopee juga turut mengeluarkan kenyataan beberapa jam lalu menjelaskan hal berkenaan.

Sumber: ZoologiMY, Shopee

Nur Farra