Siakap Keli
keluarga positif COVID-19
Kredit: Google

7 Sekeluarga Dilapor Positif COVID-19 Di Indonesia, Dipercayai Dijangkiti Dari Ayah Yang Pergi Solat Tarawih Di Masjid

Jawa Tengah, 15 Mei – Tujuh sekeluarga disahkan positif COVID-19 dipercayai berpunca daripada ketua keluarga mereka.

Menurut Detik News, pesakit lelaki yang merupakan ayah mangsa dilaporkan telah menghadiri solat jemaah tarawih di masjid dan disahkan positif COVID-19 pada 7 Mei lalu.

Ketua badan pencegahan COVID-19 Solo, Ahyani berkata, tujuh orang pesakit itu terdiri dari empat lelaki dan tiga perempuan, termasuk seorang kanak-kanak berusia 2 tahun.

Kesemua mereka disahkan positif melalui ujian pantas COVID-19 ketika pengesanan kontak rapat pesakit.

“Hasil pengesanan, kemungkinan tersebar dari jemaah masjid. Ini yang dulu kita risaukan. Satu pesakit boleh menjadi super spreader,” katanya.

Kesemua pesakit dirawat di Hospital Bung Karno dan diletakkan sebagai pesakit dalam pengawasan (PDP). Selain menjalani Ujian Pantas COVID-19 yang menunjukkan positif, ketujuh-tujuh pesakit turut menjalani ujian swab dan hasil ujian masih belum dikeluarkan.

Ekoran itu, wakil Kementerian Agama di daerah itu telah mengarahkan masjid terlibat agar tidak melakukan ibadah berjemaah untuk sementara waktu.

Pihak berkuasa agama di Indonesia sebelum ini sudahpun mengeluarkan arahan supaya umat Islam di sana tidak menunaikan solat berjemaah di masjid buat sementara waktu bagi mengekang penularan COVID-19.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan arahan tersebut tidak dihiraukan oleh segelintir penduduk di sana.

Sumber: Detik News, Tribun News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.