Siakap Keli

Baru Pulang Dari Pesta, 4 Orang Remaja Ditahan Lepas Sengaja Buat ‘Prank’ Dijangkiti Covid-19

Seramai empat orang telah ditahan di Bone, Sulawesi, kerana melakukan ‘prank’ atau gurauan terhadap petugas perubatan di hospital dengan berpura-pura mengaku sebagai pesakit yang dijangkiti Covid-19.

Mereka telah ditangkap oleh pegawai Gugus Percepatan Pencegahan Covid-19 Kabupaten Bone.

Mereka didakwa menipu pegawai perubatan di Hospital Awam Tenriawaru Watampone. Mereka dipercayai datang ke hospital dengan salah seorang berpura-pura mengalami sesak nafas dan sawan.

Melihat keadaan itu, petugas di hospital tersebut telah bertindak pantas untuk membantu mereka mengikut prosedur rawatan pesakit Covid-19.

Pun begitu, setelah menjalani pemeriksaan perubatan, mereka terus mengaku bahawa semua itu hanya ‘prank’ atau gurauan semata.

Pihak hospital tersebut mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian tersebut kepada pihak Gugus Percepatan Pencegahan Covid-19 dan mereka sempat diberi hukuman ‘push up’ oleh pegawai.

Walau bagaimanapun, kumpulan itu telah membuat permohonan maaf kepada seluruh warga Indonesia. Salah seorang daripada mereka juga mengaku bahawa ketika itu mereka baru sahaja pulang daripada pesta yang melibatkan minuman beralkohol.

Sumber: Kompas TV

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa