Siakap Keli

‘Can You Save The World?’ Game COVID-19 Ajar Anak-Anak Pentingnya Penjarakan Sosial

Richard Wiseman telah mendapat idea untuk membuat permainan komputer khusus buat kanak-kanak bagi membantu mereka memahami konsep penjarakan sosial dikala penyebaran wabak koronavirus (Covid-19).

Professor dalam subjek Psikologi dari University of Hertfordshire berkata, kajian telah menunjukkan bahawa permainan yang mendorong perbuatan sosial dan positif dapat mempengaruhi respon manusia di dunia nyata.

Wiseman telah berusaha untuk meluaskan aplikasi itu di peringkat sekolah dan pihak berkuasa kesihatan bagi meningkatkan kesedaran mengenai penjarakan sosial dalam kalangan kanak-kanak.

Permainan itu memerlukan pemain berjalan di sekitar bandar maya dan ditugaskan mengumpul peralatan pelindungan diri (PPE), dalam masa sama mematuhi penjarakan sosial untuk menyelamatkan nyawa.

Aplikasi itu setakat ini telah digunakan lebih 15,000 orang dalam masa dua hari sejak ia dilancarkan.

Sumber: The Daily Mail

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.