Siakap Keli
Gambar: Bernama

Covid-19: Lapan Daerah Atau Zon Masih Kekal Kategori Zon Merah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah berkongsikan tentang maklumat jumlah pecahan kes mengikut daerah dan zon di Malaysia setakat jam 12 pm, 14 Mei 2020.

Menerusi data bilangan pecahan kes itu, KKM melaporkan bahawa terdapat lapan daerah atau zon yang masih lagi kekal sebagai kategori zon merah.

Menurut KKM, kes-kes yang terdapat di zon merah ini melibatkan kes kluster dan lokaliti PKPD. Sebagai contoh, seramai 161 kes yang telah disahkan positif di Rembau adalah merupakan kluster Pedas. Di Kuching pula, terdapat kluster Persidangan gereja, Petugas kesihatan dan PUI Itali yang masih aktif.

Zon merah di ibu kota pula melibatkan kes PKPD yang berada di sekitar pasar borong Kuala Lumpur.

KKM juga turut memaklumkan bahawa daerah Manjung di Perak telah kembali menjadi zon kuning kerana terdapat pertambahan dua kes baharu positif Covid-19.

Dalam pada itu juga, KKM sukacita memaklumkan bahawa Terengganu kini sedang menuju ke zon hijau dengan hanya lima kes aktif sahaja yang dilaporkan tinggal di Besut.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa