Tidak seperti zaman sekarang, segalanya hanya dihujung jari. Apa-apa resepi masakan hanya boleh dijumpai di internet.
Beza caranya dengan orang dulu-dulu yang lebih selesa menyimpan resepi-resepi mereka di dalam buku.
Perkongsian daripada Zati Steady telah mendapat perhatian warganet apabila dia baru-baru ini terjumpa resepi arwah neneknya.
Menurutnya, koleksi resepi itu ditulis dalam bahasa jawi. Neneknya, Fatimah binti Ali telah pulang ke rahmatullah pada 2015 lalu.
Jumpa buku resepi arwah nenek✋🏻😭😭😭 pic.twitter.com/GWb9rw7eXt
— sis steady (@zati_steady) May 14, 2020
Pict first, kalau korang perasan ada nama arwah nenek aku (Fatimah Binti Ali) bawah tu arwah tulis ‘darjah6’ and ‘perkara:buku kuih’.
arwah meninggal ramadhan ke-3 tahun 2015. minta sedekah al-fatihah dkt arwah nenek💜— sis steady (@zati_steady) May 14, 2020
Sumber: Zati Steady