Siakap Keli

‘Tiang Sedekah’ Bantu Sesiapa Yang Terjejas Wabak Pandemik

Penularan wabak Covid-19 telah memberi kesan yang besar terhadap seluruh dunia. Wabak ini tidak mengira usia kerana digelar pembunuh secara senyap.

Pelbagai cara untuk berkongsi dan saling membantu dalam meringankan beban golongan yang susah dalam situasi wabak Covid-19.

Salah satu cara yang kini popular di Indonesia adalah dengan menggantung barang keperluan dan makanan di sepanjang gantungan yang disediakan.

Tujuannya adalah untuk membantu mereka yang memerlukan tanpa merasa janggal dengan barangan yang disediakan. Sesiapa sahaja boleh mengambilnya.

Penjaga Masjid Mujahidin, Ciragil, Jakarta, mengatakan bahawa konsep itu dinamakan sebagai ‘Tiang Perkongsian Sedekah’.

Menurutnya, pada tiang ini digantung beg plastik berisi pelbagai keperluan asas yang ditujukan kepada sesiapa yang memerlukan.

Sumber: Indo Zone

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra