Isteri kepada pelakon dan pengarah, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar iaitu Datin Zulhaila Siregar Sulaiman dilaporkan telah meninggal dunia.
Berita sedih itu juga turut dikongsikan di laman Facebook Persatuan Seniman Malaysia pada pagi tadi.
Datin Zulhaila Siregar Sulaiman, 64, difahamkan meninggal dunia di kediamannya kerana mengalami masalah pernafasan pada pukul 2 pagi (15 Mei 2020).
Rakan-rakan artis yang mengetahui berita sedih itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah.
Innalillahiwainnailaihirojiun. Datin Zulhaila Siregar, isteri kepada Datuk Ahmad Tamimi Siregar telah kembali ke rahmatullah.
Posted by Zulkifli Ismail on Thursday, 14 May 2020
22 Ramadan 1441 HAssalamualaikum..Dukacita dimaklumkan isteri kapada Dato Ahmad Tarmimi Siregar ..Datin Zulhaila…
Posted by Kartina Aziz on Thursday, 14 May 2020
Sumber: Persatuan Seniman Malaysia